Destinasi Makan TERBAIK di Ipoh - Nasi Kandar, Mee Kicap dan Nasi Ayam!

116,106
0
Publicado 2024-04-23
Gaya Travel bersama Tourism Perak nak bawa anda semua explore tempat makan menarik dan sedap yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada episod Moh ke Perak Yeop, kita akan ke Ibu negeri di Perak iaitu Ipoh di mana sebuah Bandar Raya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Perak dan mempunyai keunikan bagunan-bagunan klasik lama malah ada ‘port’ makan yang anda wajib cuba kalau datang ke sini!

Kami mulakan hari dengan sarapan pagi di Warung Kuey Teow Sabar Menunggu. Mereka terkenal dengan hidangan masakan ala cina iaitu mee kicap RM6.50 dan mee kari RM6.00.

📍Warung Kuey Teow Sabar Menunggu
Lorong Sari 1, Kampung Cempaka Sari, 31650 Ipoh, Perak
⏰ Selasa - Sabtu 8.00 pagi - 10.30 malam, Ahad 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Untuk makan tengah hari, Nasi Kandar Dato’ Sagor menyajikan set Nasi Kandar ayam sotong daging merah serta telur masin dengan dibanjiri kuah campur yang pedas dengan harga RM28.50 .

📍 Nasi Kandar Dato Sagor
33, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak
⏰ Isnin- Ahad 11.00 pagi - 4.00 petang

Sementara itu, untuk minum petang, Murtabak Wan terletak di Bandar Ipoh adalah tempat yang sesuai untuk menikmati murtabak daging RM6.00, wrap kambing RM9.00 dan kopi ais paling famous RM2.50.

📍Murtabak Wan
Majlis Bandaraya Ipoh, Gerai, 11, Jalan Raja Ashman Shah, 30460 Ipoh, Perak
⏰ Isnin - Sabtu 2.00 petang - 8.30 malam

Bagi makan malam, kami memilih Restoran Masakan Yan yang menyajikan menu nasi ayam seperti nasi ayam panggang RM8.00 dan nasi ayam hainan RM8.00

📍Restoran Masakan Yan
25, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
⏰ Sabtu - Khamis 1.00 petang - 10.00 malam

#TahunMelawatPerak2024 #MohKePerak #TravelPerakLah #GayaTravel #TourismPerak #Ipoh #VisitPerak2024 #Perak #CutiCutiMalaysia

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artis

Todos los comentarios (21)