Orang ITALI Pun Makan Pizza Di Sini. Pizza Neapolitan Guna Keju MOZARELLA Buatan Sendiri.

271,762
0
Published 2023-07-03
Encik Ikmal memulakan perniagaan menjual Pizza kayu api oleh kerana minat terhadap Pizza Itali. Kini beliau telah berjaya memiliki sebuah restoran yang menghasilkan Pizza asli Itali. Tetapi, perjalanan beliau tidak semudah yang disangka. Beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam menghasilkan pizza asli ini, termasuklah kesukaran dalam mendapatkan bahan mentah, halangan dalam menjalankan perniagaan, serta penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pembuatan pizza asli ini.

📍Lokasi » WOP Pizzeria
Plaza Damas, H-0-8 No.60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur

☎️ Telefon » 03-64197530

⏰ Waktu Operasi » Isnin Hingga Jumaat dari 5:30 petang hingga 9:30 malam

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”

All Comments (21)
  • @lamkib
    Kami sekarang ada dua cawangan: 1. Plaza Damas (Isnin-Jumaat 5.30pm-9.30pm, Sabtu-Ahad 11.30am-2.30pm, 5.30pm-9.30pm). Seatings adalah limited dan self service. 2. Pizz Of Art by WOP @ Artisan's Playground by Cookhouse Jalan Ipoh (12pm-10pm) Kat Artisan's Playground ni lebih selesa, seating lebih banyak 400pax dan ada macam macam makanan lain. Table service. Nak buat birthday party pun boleh.
  • @Amirules_
    Ilmu Dan Adab 100%. Pure bro, bangga anak Malaysia❗
  • Puas hati tgok abg pizza explain sambil masak pizza tu. Nampak passion sungguh. Kat KL byk expats , foreigner patut boleh pelbagai lagi promosi dalam mcm2 media sosial . Dan kbykn diorang ni tak travel jauh mana pun , pusing2 dalam KL jugak. Bahan promosi jgn guna bahasa Melayu je, wajib bahasa English dan guna byk bahasa lain, cth Jepun ke, Mandarin ke, Itali ke. Tak salah jugak untuk approach youtuber, vlogger foreigner yg stay Malaysia untuk promosikan. Kemudian kalau ada event tourism ke, event food ke apa , abg kena aware dan cepat2 join . Tak lupa untuk sentiasa update delivery services dan cashless services. Lagi convenience lagi bagus.
  • kalau kebanyakan org kita ada mentaliti abang ni inshaAllah ekonomi org melayu akan setanding dengan sahabat2 kita dari bangsa lain yang jauh lebih kedepan. Syabas Tuan!!
  • @duanglah
    Without DTV kita tak tau yang malaysian ada buat piza padu mcm abg ni..Congratulates kt DTV sebab menyediakan konten yang baik tak kira dari segi editing, camera angle and also the content itself. Sangat sangat bermanfaat untuk kita semua as malaysian. kalau nak viewers dari luar tambahkan lagi sari kata English for every video. keep it up DTV!
  • @pijipiji7981
    Salam. Sy da tau location sb da pernah pickup grabfood kt wop. Kt situ la sy tau wop ada original margherita. Lama mengidam nk makan akhirnya bila ada duit dpt la cuba sekali. Sekali je cuba terus jatuh cinta. Ni pizza terbaik yg pernah sy cuba. Sy da byk kali cuba bandingkan dgn rupa pizza dr pizza house lain sb sy rider gf, panda, lalamove dgn juga speedy. Sy pun pernah jd pizza maker dan rider kt dominos. Dan sy sgt suka pizza. Tp golongan marhaen mcm sy akn ada masalah utk merasa pizza mahal. 3 4 bulan baru dpt sekali. Tu pn kte masih pkir drpd berhabis mkn premium baik beli keperluan dapur sb sy boleh masak. Ni la yg sntsa jd dilema. Sy berani cakap utk area kl selangor, marghetita wop la yg paling A+. Sgt sayang sale kurang. Sy suka dgn servis dr wop, bila kita borak je dia layankan je. Rsnye isteri abg kot, sb abg ckp tak hire staff. Mmg laki bini full of knowledge berkenaan dgn art of pizza. Walaupun sy ni tak mampu utk nk makan kt wop selalu, tp sy benar2 berharap jgn la tutup kedai. Ingt satu je kalau tutup, xd da ilmuan pizza lepas ni. Utk pengetahuan pizza2 yg dari the crust, social, pulse, atau mana2 tempat mahal mcm bar atau pub, semua tu foreigner yg buat. Makanan org kaya air tangan foreigner, bukan local mcm wop. Kalau local made, ia akn lebih berkualiti (kalau bisnes sendiri). Sy tau hrtamas shopping cntre tak semeriah publika, 163, dgn 1mk. Sb tu byk kedai2 dlm mall tu bley survive sekejap je cthnye mercato. Sy pn pernah bertugas kt dominos situ, mmg sale kecik. Kita smpai terpaksa gamble buat pizza lelong, atau g jual dekat taman tasik titiwangsa. Tabiat org kita ni mmg nk bnd murah je, kualiti kurang pn xp, diorg cuma nk makan pizza dgn sos cili je, sos cili akn overlap rasa dgn sos pizza. Kalau ikut rs sbnrya rosak. Tp itu la tabiat org kita. Sorry la kalu sy ckp mcm ni, cuma just nk share tips shj, sale akn dpt lebih dr kekerapan customer dgn jualan item2 kecil dan murah, kalau tak byk pn tp utk sustain tu memadai ditambah plk kalau labor kecil atau takde. Sb tu pizza hut dgn dominos push gler2 utk personal siza pizza. Doh murah, sos sikit, cheese sikit tp jualan byk. Pastu company pecahkan 3 kategori, premium pizza(mahal), signature pizza(pizza of the month cth kalau mcd tu prosperity atau foldover bermusim) dgn local favourit(pizza murah). Sy rs maybe wop bley buat mcm ni sb kelngkapan semua ada. Wop bergantung pd bahan mentah import, maksudnya inventori tu agak high risk. Utk selamatkan bisnes kne ada juga local produce inventory. Cth kalau buat piza local fav yg murah size personal, bley je pakai tepung local, sos tomato local dgn process cheese. Sb yg ni mmg akn ada sale. Nk selamat lg bley jual by set dgn air dgn fries atau mushroom soup. Sb yg mcm ni mmg demand kt malaysia. Utk premium shj teruskan originality mcm margherita tu. Sb golongan pendapatan kecil mcm sy ni takkan mampu utk bg sale kt stp minggu, tp kalau spending rm10 mst boleh belanja stp mgu. Lg satu location hrtamas tu agak sendu to customer high end tu ada je, cuma tabiat customer ni sama, inginkan yg murah utk daily, yg mahal utk special occasion shj. Sedangkn kita dlm sale sntsa didesak utk daily income. So fleksibel la hendaknya. Provide dua2. Utk sesiapa yg snggup bc komen panjang ni, percayala ini la margherita yg the best di malaysia setakat ni.
  • Dia punya cinta terhadap pizza tu, dia punya passion tu yang mahal, at the same time dia educate malaysian about pizza wehh, goodluck bang, insyaallah nanti saya datang !!
  • X silap abang ni ada crisis kurang sambutan, alhamdulillah destinasi tv cover story abg ni 👍🏻🔥 insya'allah dimurahkan rezeki
  • This is top-tier quality of pizza craftsmanship. You'd already know that WOP emphasizes more to quality and maintain the originality of every pizza.
  • @idamaznan1759
    Kita selalu dibesarkan dengan merasai pizza dr negara lain, skrg org Malaysiapn dh boleh buat pizza sendiri. Support local pizza M'sia🥰🥰
  • @Nini-sk1tr
    Jom support pizza org kita!!! Dah lama tunggu update dari destinasi tv
  • Pizza Margherita tu memang benar² nampak sangat asli seperti di Italy... Yang ingin merasai pizza dari Italy tanpa perlu kesana, rasanya berbaloi kunjungi WOP Pizzaria untuk menikmati pizza sebenar 😎👍🏻... Semoga WOP Pizzaria terus maju jaya, dimurahkan rezeki, dikenali dan dipermudahkan segala urusan... Aamiin.
  • Aku admire org ada passion mcm ni. Keep up the passion bro. Suatu hari nanti ada lebih ramai yg dapat menghargai passion terhadap pizza.
  • Orang Itali ni kalau dah puji kita kena faham la dia memang suka. Dorang cukup jaga tradisi masakkan dan makanan mereka terutamanya pizza ni. Teruskan bang,ada masa dan rezeki saya nak bawa mak saya pergi makan kat sini.
  • Support abg ni mmg passion gila pizza mesti berkualiti , aq faham mesti abg ni rsa risau nk ambik staff sbb tahap dia passion sayang pizza xsama dgn org lain , respect bang
  • Power la ni abang. Takde shortcuts dalam pizza buatan dia. Malangnya, skarang masakan Melayu dah banyak shortcuts. Banyak pakai instant
  • @kime0475
    Terbaik pizza brader nie...x semua org hargai art dlm masakan...tolong support bisnes die ..x prlu pilih org2 trkenal yg jual beratus2 baru beli...brader nie lgi prlu support dri komuniti...